Truly Follower

FB's Follower

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA

Rasanya baru je habis menyambut Aidilfitri, tup tup AidilAdha tiba.. Tapi bg aku takde pon rasa sgt suasana raya Aidiladha ni.Bukan ape, Aidiladha ni rasanya khusus untuk org org yg hendak mengerjakan Haji . Tapi bukan bermakna aku tak bersyukur . Aku maseh menyambutnya seperti biasa.. HAHAHAH yg plg kelakar lah aku rasa tahun neh Aidiladha aku, aku tak dpt langsung makan daging korban.. gggrrrr mama cakap aku tak boleh makan disebabkan darah tinggi aku sgt kritikal sekarang... dan disebabkan nak mengelak aku menyentuhnya mama buat keputusan tanak masak langsung ape ape yg berkaitan dgn daging heheheh . So mama masak ayam masak merah, Dalca, dan juga ikan sambal :) Sedappp jugak . Ala, tak kesah pon tak dpt mkn daging . Itu juga satu pengorbanan kan.... :) Ermmm raya Aidiladha ni aku tak dapat cuti..Aku kerja . Tapi naseb baik aku kerja petang . Pagi dpt lah berkumpul,mknmkn.. Kak Norly and Abg boy datang rumah.. Memang meriah lah rumah . kecoh dgn anak2 buah aku je seramai 7org hahaha . :) errmmm 

Pengorbanan ? Pengorbanan itu ialah melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri malah setiap apa yang kita lakukan juga amat bermakna bagi diri kita dan juga orang lain. Ermm bagi aku, pengorbanan ni adalah hari untuk aku mengingati segala pengorbanan terutamanya pengorbanan ibu bapak aku sendiri yang sanggup susah payah jaga aku sampay aku boleh hidup kat dunia ni..dan aku rasa pengorbanan yg sesuai utk remaja mcm aku pada masa kini ialah pengorbanan masa dan pengorbanan sikap . Maksud aku pengorbanan pembahagian masa duniawi dan bekalan ke akhirat kelak adalah seimbang..Pengorbanan sikap pulak, bagi aku membawa satu perubahan sikap yg lebih baik utk membentuk satu personaliti manusia yg lebih berguna . Ermmm... :)

*ini hanyalah pandangan aku so pada sesiapa rasa aku tak layak bercakap pasal pengorbanan, sila tampil depan aku dan nyatakan 100setengah sebab kenapa aku tak layak ? Aku ada hak nak bercakap mengenai apa pon selagi itu tidak mengaibkan sesiapa... dan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Umat Islam . :)

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki