Truly Follower

FB's Follower

3 Perkara yang mesti DIJAUHI

Bersungut kerana kesusahan hidup
Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.
Bersedih kerana perkara-perkara dunia
Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.
Merendahkan diri kepada orang kaya
Pada zaman sekarang ni orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya. Kalau golongan miskin pulak akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang ni. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya ni. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.
Peringatan yang serba ringkas dari saya ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki