Truly Follower

FB's Follower

4 Hari berturut-turut berjalan

25hb Februari 2011
Harini saya dapat gaji. Happy gila sebab duit dalam poket banyak, ecehh banyaklah sangatkan. Lepas dah bayar itu ini habis jugak. Kalau tidak esoknya dapat, tapi cakap kat manager nak harini boleh ? Manager pon okey! Heee kata sporting. Lepas tu, on the way nak balik, Laron call cakap ajak teman dia pergi Jusco Kepong sebab nak cari track suit, baju semua untuk trip ke gua dia nanti. Jalan-jalan dekat Jusco Kepong, aku beli jugak barang-barang aku. Barang ape? HAHAH RAHSIA ! Dalam pukul 6lebih balik.. Singgah Maybank masuk duit. Balik. Penat!Penat!

26hb Februari 2011
Harini keluar lagi bersama Garlock, boyfie terchenta dan Laron, BFF terhebat . Pergi BB, Pavilion. Ermm pergi Time Square dulu sebab nak cari barang RC boyfie, alaa macam biasalah.. Lepas tu, makan di Asia FoodCourt kt Time Square, perghh aku and bf masing2 lapar so makan la nasi berlauk, + Sizzling yee mee Ayam ! sedap :) BFF aku makan nasi ayam :) Lepas makan kitorang pon terus ke Pavilion sebab nak tengok wayang, nak pergi Crocs, at last Crocs pon tak jadi beli pape, Wayang pon tak dpt tgk sebab SOLD OUT ! gggrrr Sabtu kan . So jejalan kat Farenheit, Sg. Wang, Lot10. Boyfie sempat beli Jeans di ROMP :) amboyyy sakan ! Aku tak beli pape pon, takde hati pon nak beli pape. Laron pon tak beli pape. Jejalan cm takde arah tuju je. Balik singgah di Mutiara Kompleks sebab Boyfie nak gunting rambut. Lepas tu balik la.. Penat sangat. Berjalan-jalan dan jalan. Kene hujan lagi. Memang demam lahh!

27hb Februari 2011
Harini berdating pulak, eheee takdelah dating sangat. Boyfie nak sangat pergi Time Square sebab nak beli barang RC dia lagi T___T Before that, kitorang terus ke Pavilion dulu sebab nak beli tiket utk cerita NO STIRNGS ATTACHED ! :) sebab semalam nak tengok dah SOLD OUT kan, so harini NO MORE . Dapat jugak tiket akhirnya. Time nak ke GSC, nampak kawan Setia saya di Facebook, ATIEN TWINK-TWINK or lebih dikenali sebagai FATIN AINI di dalam fb dia. Nampak dia tengah promote facial dia. Eheee nak tegur tapi malu lah.. Text dia je cakap nampak dia. HAHAHAHA . Pergi makan di FoodCourt Pavilion,1st time wok ! Makanannya oklah sedap . Mahal! Tapi ok lah puas hati kan :) Ini picture yang sempat aku ambil :

Yea yea aku makan di FOOD REPUBLIC !
bukan nak tunjuk nama nya,
tapi nak tunjuk air sebesar saiz ini harganya RM6 !
PErghh mahal kot bg aku . Sabar jela

Lepas dah makan separuh baru tingat nak snap heee
Saya makan Nasi goreng PATTAYA WITH KERABU :)
BF makan Mee Jawa <3

See Fesh Orange Lyn Marzuki punya
Watermelon Garlock Sham punya


ILOVEYOU

Suka dia dapat makan :)
Selesai makan, terus g jumpa Fatin Aini :) bagi bun kat dia. Sempat dia promote kat aku facial dia, aku pon interested sebab tengah promotion kan :) So amek la.. Thanks Fatin Aini :) . Lepas tu terus ke Time Square beli barang. Patah balik ke Pavilion sebab movie nak bermula.
Sempat beli air dulu then terus masuk wayang, SUMPA best gila cerita tu, Banyak betul lucahnya. Patot la 18 ke atas. Heheheheh memang puas hati tengok, bf pon seronok tengok. Siapa rasa nak tengok pergi je. TAK RUGI! :) Lepas wayang, kitorang pon balik. Penat lagi...

28hb Februari 2011
Harini planning aku ke sekolah bersama Laron untuk ambil Sijil PMR dan SPM aku. Setelah dua tahun lebih tinggal sekola tu, kene masuk jugak untuk ambil sijil :) heee finally dapat jugak sijil PMR and SPM aku :) 


SIJIL PMR 2007

SIJIL SPM 2009


Lepas tu gerak g Plaza Rakyat teman Laron beli tiket bus dia. Haihhh Aku demam pulak time ni. Mau tak demam semalam kene hujan. Lepas tu ke BB, Plaza Low Yatt Laron nak beli MMCard baru sebab MMCard dia dah JAHANAM hahaha bak kata orang kedai tu.. Sabar jela. Lepas tu berjalan lagi, Laron belanja aku minum air Cool Blog :) sedap 

sedap gila air ni
kejap je minum dah abes

antara menunya :)

tunggu air siap ni
Selesai minum beli barang terus nak gerak balik, aku punya selsema makin teruk kot. Sempat singgah beli selipar sebab kakiku melecet sudaa hehehe , Balik singgah klinik sebab Laron nak ambil "MC" lah sgt kan :) lama gila tunggu dia kua dari bilik doctor tu. Kua je terkejut aku tengok dia menangis. Perghhhh ingat kering hatilah sangat, sekali kene psikologi kau dengan doc tu.. Menangis merah-merah mata, sumpa rugi aku tak msuk sekali kan hahaha :p Lepas tu aku pon balik . Takleh blahh kau dapat 4hari MC. Tak aci sungguh !

BFF FOREVER


Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

3 comments:

  1. Kenapa Lin baru amik sijil PMR and SPM Lin ?

    ReplyDelete
  2. Actually sijil PMR Lyn mmg dah lama siap cuma takde masa nak p skola amek . Sijil SPM baru siap tahun ni . so baru la p amek skali . yg ade kt kita dulu tu SLIP je , bukan sijil betul . sijil betul selepas SETAHUN baru siap dicetak

    ReplyDelete
  3. WOW, ko taw tak dgn keputusan tu ko leh msok uitm or uia?

    ReplyDelete

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki