Truly Follower

FB's Follower

Alhamdulillah....Saman selesai :)

Salam Satu Malaysia, ecehh... Salam satu dunia lah.. Haa? Siapa cakap aku nak baca berita? Mana ada doh.. Kalau Lyn Marzuki baca berita, habislahh stesen-stesen berita yang ada sekarang ni, bankrap kene tutup. Ok, ok tak nak melalut panjang nanti masuk Newspaper pulak. Di sini inginku mengucapkan berbanyak-banyak syukur kerana saman-saman boyfie aku sebanyak RM1750 telah selesai semuanya. Saman-saman tersebut adalah saman-saman kesalahan di atas jalan raya. Saman-saman yang telah boyfie aku buat koleksi sampingan dia dari Tahun 2006 hingga ke Tahun 2010. Ada lima saman kesemuanya dan bagi aku beliau layak digelar "samseng Jalanan" Hahaha Gurau-gurau lah sayang "__" . Ok, pada 31hb January 2011, aku bersama-sama boyfie dan sahabat setiaku Laron (BFF) pergi ke Balai Polis Trafik di Jalan Bandar untuk melangsaikan bayaran saman boyfie TERCHENTA sangat nih.. Sampai je, nombor giliran sudah habis. Nombor terakhir adalah 2000. Perghh bermakna dah 2000 orang datang bayar saman. KAYA BALAI POLIS TUU ==,== Sempat aku tengok senarai tempat-tempat yang boleh buat bayaran saman kan, tetiba pejabat pos depan rumah aku pon boleh bayar. Gila babi menyirap betul. Yela buat apa buang masa datang sampai ke sini kan . Ishhh geram betul . Sabar jela. Kemudian polis tu cakap pergi jumpa Encik Mustaffa lah. Settle dengan dia. So kitorang pon mendaki la bangunan polis sampai tingkat empat. Dah la bangunan kawasan semua macam sekolah hehehe :) Boyfie aku pon berurusan lah dengan Encik Mustaffa ni. Setelah ditolak talik darab kali bahagi maka dari RM1750 dapat dikurangkan menjadi RM900. Lebur begitu sahaja RM900. Then, 7hb Feb 2011 lepas boyfie call Encik Mustaffa nak tahu status samannya macam mana. Encik Mustaffa cakap dah beres dan sila datang ke balai untuk ambil resit bayaran. Aku tak berpuas hati, check jugak di Myeg.com segala bagai dan yeahhh! memang dah settle. Check dengan SMS pon juga dah clear. Happy gila..ALHAMDULILLAH, segalanya sudah selesai dan boyfie saya bukan lagi Samseng di atas jalan atau bahasa kurang ajarnya "Samseng Jalanan". Hehehe Suka happy seronok semua ada. Family boyfie semua pon happy sebab anaknya dah selamat selesaikan hutang saman yang bertahun-tahun ada dalam kepala mereka. Hehehee




Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki