Truly Follower

FB's Follower

LYN MARZUKI RINDU SEKOLAH !

Sedikit luahan perasaan di sini ingin kunyatakan. Luahan kali ini adalah tentang SEKOLAH. Sekolah adalah di mana tempat aku mula mengenali dunia dan tempat aku menuntut ilmu. Sekolah sudah sebati dengan diri aku malah aku yakin ianya juga sebati dengan semua orang dalam dunia ini. Semua orang pernah merasainya, semua orang pernah melaluinya dan yang pastinya semua orang pasti meninggalkannya.. Yeah! Aku rindu alam persekolahan. Sudah hampir dua tahun aku meninggalkan alam persekolahan tetapi segala kenangan di sekolah masih segar di dalam ingatan aku.. Sampai pada suatu masa aku tak dapat menerima kenyataan bahawa aku sudah tidak perlu ke sekolah lagi..Rindu sangat. Hari-hari aku lihat budak-budak pergi ke sekolah, balik dari sekolah, hati aku betul betul sayu.. Lagi-lagi apabila teringatkan kawan-kawan yang nakal bersama.. 

Antara kenangan yang aku rindu :
  • Bangun awal pagi pukul 5:45 pagi dan bersiap ke sekolah. Tunggu bas di "bus stop" :)
  • Pakai baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, pegang buku sekolah.. :)
  • Pagi-pagi datang terus lepak di kantin sambil tunggu kawan-kawan yang lain sampai. bersarapan di kantin, makan Nasi Lemak MakCik kantin tu Memang nasi lemaknya TERBAIK! Siap minta nasi tambah! Sedap sangat dengan panasnya nasi tu @,@ Jumpa BFF tanya tentang kerja rumah semalam sama ada dah beres atau belum? Kalau sudah "NAK PINJAM" :p
  • Beratur pagi-pagi di perhimpunan @ gelanggang badminton sambil membaca buku sempena NILAM yang diwajibkan kepada semua murid-murid pada setiap pagi hari Selasa hingga Khamis, Jumaat bacaan Yasin. Jumaat semasa bacaan Yasin itu juga semua ambil kesempatan untuk merehatkan mata sambil bersandar di bahu kawan, ada yang sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah secara tersembunyi :)
  • Nak dengar ceramah, bebelan,syarahan, pengumuman dan ucapan dari Guru Besar hinggalah ke Guru Kecil. :p
  • Nak duduk dalam kelas dengan kawan-kawan, melihat gelagat kawan-kawan. Ada yang tersengguk-sengguk mengantuk, ada yang sedang tiru buku tulis kawan, ada yang sibuk bersihkan kelas, bergossip jangan cakaplah memang bersepah-sepah!
  • Nak buat bising, bergosip dalam kumpulan, tidur dalam kelas bila cikgu belum masuk atau sudah keluar.
  • Nak belajar subjek yang aku minat. Baru bersemangat!!
  • Lari-lari, menyorok dari Guru Disiplin yg tersangat la garang hingga dapat Anugerah Guru Paling Serius
  • Duduk dalam kelas siapkan kerja yang tak siap, tiru buku kawan, kawan pun tiru buku aku. Last Last jawapan semua sama dalam kelas tu. Cikgu boleh "Copy and Paste" hand checking cikgu :)
  • Nak jawab peperiksaan atau nama antarabangsanya "EXAM", meniru dalam peperiksaan sambil bermain isyarat dengan kawan-kawan sebelah depan belakang. tidur apabila selesai menjawab dan dengan hati yang yakin bahawa jawapannya betul. 
  • Tak sabar nak mengetahui markah peperiksaan setelah dua minggu tamat peperiksaan
  • Berbincang jawapan peperiksaan dengan guru mata pelajaran.
  • nak pergi kantin pada waktu rehat untuk makan, sanggup aku berlari dari tingkat 4 bangunan kelas untuk menuju ke kantin dengan sekuat hati dan tenaga -,- semata-mata nak "booking" tempat duduk supaya dapat makan dengan selesa.
  • Beli kueh paw sambal yang menjadi kegemaran dan rutin wajib aku untuk makan kueh itu setiap hari sebanyak tiga biji.
  • Hari Sukan! Rumah sukan aku sentiasa menjadi juara ececehhh -,-
  • Nak pergi ke makmal Sains sambil bawa buku Sains yang sangat banyak dan berat. Bilik komputer ketika subjek Bahasa Inggeris :)
  • Selalu kena marah dengan guru. Biasalah budak cemerlang, cikgu pon selalu lah marah, "Marahkan tandanya SAYANG" =,=''
  • Pergi ke tandas setiap hari, setiap saat, setiap masa, setiap waktu dan ditemani kawan aku yang sangat baik.. -,-
  • Menunggu loceng tamat belajar berdering kemudian cepat-cepat kemas buku-buku yang bertaburan di atas meja sambil mengingatkan kawan-kawan tentang apa-apa yang perlu dibawa esok, tentang apa-apa yang perlu dimesejkan pada malam nanti, sambil berjanji hendak ke mana lepas waktu sekolah..
  • Masuk kelas Agama Islam atau Pafa. Dapat jumpa dengan BFF aku :) 
  • Pergi lawatan sambil belajar
  • Melarikan diri daripada menghadiri perjumpaan Koko atau Persatuan Uniform. Sangat tidak bertanggungjawab :p
  • Nak menjalankan tugas menyapu sampah di dalam kelas pada setiap minggu
  • Nak buat "Study Group"
  • Nak jumpa kawan hari-hari untuk bercerita pasal boyfie, pasal kawan-kawan yang lain, masalah peribadi, pasal "hangout" pada hari Sabtu sebelum itu . 
  • Apabila buku tertinggal di rumah, menjadi seorang yg menggelabah gila aku 
  • Tanya guru tentang soalan yang tidak faham or buat buat tak faham untuk mengambil masa cikgu hingga tamat waktu pengajarannya .HAHAHA
  • Bergurau dengan cikgu dengan menyatakan "Cikgu, meh saya carikan cikgu JODOH" =,=
  • Lepak di sekolah sehingga petang sementara tunggu latihan rumah sukan bermula.
  • Makan di kantin lepas balik sekolah
  • Bergaduh dengan budak kelas lain pasal "TAK PUAS HATI" "CAKAP BELAKANG" "MENGUTUK" "BATU API" dan kadang kala bergaduh dengan Junior . 
  • Minta kawan buatkan "Homework" aku dengan jaminan memberi upah :)
  • Nak pinjam buku kawan bawa balik dengan berjanji akan bawaknya pada keesokkan harinya :)
  • Nak buat karangan panjang-panjang tidak kira subjek Inggeris atau pun Bahasa Melayu
  • Nak buat folio, beli pen baru, buku baru, buku rujukan di Popular ataupun Minerva
  • Nak lepak Kompleks lepas balik sekolah
  • Nak PJK pagi-pagi
  • Text dengan kawan tanya "homework" dah siap ke belum, tanya ada "homework" apa tadi bla bla
  • menghasut kawan tak perlu siapkan kerja sekolah . Biar ada geng kene marah sama-sama :)
  • Nak takutkan kawan tentang "homework" yang dia lupa siapkan
  • Selisih faham dengan kawan sekelas mahupon sebelah kelas
  • Menyambut Hari Kemerdekaan, dengar ceramah, tengok drama, Menyanyi lagu-lagu Patriotik!
  • Perhimpunan setiap pagi Isnin , menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri.
  • Pengawas membuat "Spot Check"
  • Membawa "Handphone" senyap-senyap dengan menyoroknya di dalam baju, dalam kasut dan dalam tandas.
  • Main kutu dengan rakan kelas, Seorang 50sen . :) Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
  • Buat Jamuan kelas
  • Hiaskan kelas, bersihkan kelas, gotong-royong, dengat keputusan Kelas Terbersih dah Terkotor.
  • RINDUU SEMUA CIKGU-CIKGU DAN SUASANA DI DALAM SEBUAH SEKOLAH :)

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki