Truly Follower

FB's Follower

Message Gila

New Message !
+6289694959680

OPEN.......

"Ni ayah guna fon police tlong bgi credit maxis 30 ringgit ke nombor baru ayah 0128120151 Ayah lgi ada msalah kat blai police. Ta payah call, sekejap ayah call"

Ermmm, kalian pernah terima message sebegini? Kalau pernah kasi angguk lu punya kapla :p Bukan apa, selalu tengok kawan-kawan aku semua terkena, terfikir bila pulak aku nak kene kan, hee Tak sangka aku pon dapat jugak dan kalau nak tahu bukan aku je dapat, boyfie aku pon dapat message tu pada WAKTU dan HARI yang SAMA tahu tak... Pelik sungguh tapi benar lah.. :P Dan apa apa pon aku tak percaya langsung pada message gila cam ni, Bak kata artis "PUBLISITI MURAHAN" Hahaha Kenapa la awak ni jahat sangat sampai cenggini caranya nak paw duit orang? *marah ala ala gaya nenek tua tengah makan sirihh* 

Ok, disini aku ada sikit ucapan lah untuk orang yang sudi bagi message ni kat aku, haihh susah-susah je:
  1. Derr, nak tipu pon agak-agaklah.. Aku panggil bapak aku dengan nama "aBah" bukan "aYah" .Kau salah letak huruf ah dow "B" and "Y" :) Selamat Mencuba
  2. Derr, untuk pengetahuan kau lah kan, aBah aku tak pernah suka dengan line MAXIS.. Dia tak pernah bercita-cita pon nak tukar fone number dia . Dari aku umor 12tahun sampai sekarang umor aku 19tahun, number yang sama je dia pakai dan line yang sama jugak . Line DIGI sebab aBah aku cakap, Line DIGI JIMAT! 
  3. Derr, aBah aku bukan jenis suka taip message, papehal dia akan call straight away :) dan eeuww aBah aku skema derr, tak reti buat "Short form" lah... Haihhhh KANTOI sudaaa

Harap clear la segalanya ok :)
Terima Kasih.
Bertaubat lah... 



Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki