Truly Follower

FB's Follower

Lyn... Lyn... Sabar jelahh



Eceh, kalau dulu aku memang selalu bising dekat boyfie aku pasal IC atau lebih dikenali sebagai Kad Pengenalan lah kan . Bising suruh dia simpan jaga elok elok jangan sampai hilang atau tercicir. Bukan apa dah enam kali kot dia kehilangan IC. Aku ? Hahaha dengan bangga TAK PERNAH hilang ok. Cuma pernah tukar IC baru sahaja sebab IC lama gambar buruk, nak tukar alamat and cip dah rosak. Ok, ini kisah 6bulan yang lalu

Hari Rabu lepas 16hb Mac 2011, baru aku tersedar IC aku tiada. HAH ! IC aku mana? IC aku mana? Melilau-lilau cari. Yola selama ni aku tak pernah usik kot IC aku dalam purse aku. Memang ade je kat situ. Kebetulan abah nak fotostat ic,so aku pon baru nak keluarkan IC la nak fotostat, sekali takde derrr dlm purse.

Agak pucat keadaan aku time tu , ehee masa tu boyfie aku pon ade, ehehe eden keno perli balik yaww. 
Aku diam buat taktahu aje, rasanya IC aku ade dalam rumah tapi tak sedar ade kat mana. Balik rumah lepas itu cari cari di dalam poket seluar, dalam beg, dalam purse lama lama, dalam laci , bawah katil, atas meja segala bagai la pun tak jumpa, time tu macam nak menangis.. Call Laron tanya dia last aku guna IC bila la bla bla, macam soalan bodoh pulak aku tanya kan.. Mcm dia tahu bila last aku guna IC. HAHAHA

Memang aku dah takde semangat dah , rasanya mcm dah lama aku kehilangan IC . Sabar je la.. Memang dah putus asa taktahu mana nak cari. At last ckp kt boyfie kalau esok tak jumpa jugak nak terus pergi buat lah
Memang dah ditakdirkan kot aku hilang IC, sebab memang tak jumpa , Ok fine.. Aku search kat internet berapa ringgit kene denda sebab hilang IC. Check Check Check it out.....
RM110 untuk kali pertama hilang IC . Haiiiyaaaa RM110? Mahal kot.. Aku boleh buat mende lain dengan duit tu.. Tak puas hati lagi, borak dekat FB tanya, ade yg ckp RM60 la, RM50 laa paling tak boleh blahh RM10.. Kalau betul RM 10, lapan belas ratus kali hilang pon aku tak kisah. Hari2 pergi tangkap gambar baru pon tak kesah.. RM10 untuk nak tukar IC sahaja... 

Ok, sampay semalam tak jumpa-jumpa jugak IC aku, padahal dalam rumah aje. So, pagi hari ni 18hb Mac 2011 ajak boyfie temankan pergi JPN Maju Junction untuk buat IC baru.. Dalam pukul 11pagi sampay JPN Maju Junction. Memang orang dah ramai, dapat nombor giliran time tu kene tunggu lagi 60 orang. Perghh 
Tapi 60 org tu takde rasa lama kot sebab banyak kaunter bukak.. Sampay la giliran aku.. Kakak tu tanya IC hilang ke, Aku pon cakap "Ye" Apa la kakak ni, tanya soalan tak masuk akal, takkan la kucing hilang kot . Kalau kucing hilang buat apa saya jumpa kakak. HAHAHA *Ok lyn tak lawak ok . jangan nak buat lawak*

So akak tu proses, dia mnx ibu jari kiri kanan nak scan.. Pastu ckp RM110 . "Alaa kak takde diskaun ke? boleh buat rayuan tak?" Akak tu cakap ermmm tak boleh.. Alamakkk ok la ok laa RM110 pon boleh laa. 
Lepas tu pergi tangkap gambar. Haihhhh Naseb baik kali ni gambar gue lawa dari sebelum ni ehehehe . Boyfie aku gelakkan aku je . Malu >,< 
Maka, selesai sudah IC aku lagi dua minggu boleh pergi tuntut :) :) Suka betol . Lepas tu pergi SOGO makan kat Food Court SOGO . Makan nasi beriayani ! Boyfie aku makan Sizzling . :)
Makan makan jalan -jalan terus balik pergi kerja. Tunjuk kat mama dah buat IC . Ehee 
Habis semua 1 hotel tu tanya sudah buat IC ? hahahaha Sudah sudahh....
Lebur laa RM110 aku begitu sahaja :( 

Sekarang terima la hakikat Lyn setiap orang pasti akan merasai kehilangan Mykad walaupun hanya sekali.




Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki