Truly Follower

FB's Follower

Kegiatan Kelas Memandu Lyn Marzuki

Hello bloggers, ouh ya ya agak sibuk dengan hal sendiri HEHEHE *sibuk la sgt* Okey enough . Seperti dengan tajuk di atas, Lyn dah mula mengambil kelas memandu di Metro Driving School dibawah penjagaan Abang Iqbal, cawangan Segambut. Dua hari lepas, Lyn dengan Garlock mendaftarkan diri bersama, kemudian harini Lyn dengan Garlock telah menghadiri kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) iaitu seminar tentang pengenalan dan pendedahan tentang etika memandu, panduan pemandu dan sewaktu dengannya . Ya ya agak batak pasal lesen ni sebab dah ramai yang dah berjaya dan mempunyai lesen sekarang. Cuma Lyn yg masih terkedek-kedek kan. Tidak mengapa, janji ini semua atas berkas usaha Lyn sendiri simpan duit untuk membiayai segala kelas Lyn. Helo, Lyn ambik lesen ini semua 100% menggunakan duit Lyn sendiri . Insyaallah Lyn boleh menamatkan kelas ini dengan sempurna . Ya ya Lyn ambil lesen bersama Garlock . Garlock memang dah tahu bawa kereta motor semua cuma beliau masih tidak mempunyai LESEN yang SAH ! So, kami berpakat untuk mengambil lesen bersama. Garlock sangat memahami aku. Terima Kasih sayang, Ok untuk kali ini aku hanya menghadiri seminar ini selama enam jam. Pada mulanya seperti bosan tetapi lama-kelamaan agak menyeronokkoan kerana penceramahnya sangat sporting dan ilmu yang diberinya sangat berguna untuk Lyn . Terasa tidak rugilah mendaftar dengan Metro Driving School :) 

Pendaftaran : RM400 










Antara gambar-gambar yang sempat Lyn ambil tadi :) Ok, Ahad ini Lyn akan menghadiri Ujian Berkomputer. Lyn perlu menjawab 50 soalan dan tahap lulus adalah 42/50. Harap-Harap Lyn berjaya dalam ujian ini. Ya, Lyn kene la membaca buku undang-undang . Kene la menghafal dan fahami semua peraturannya . Siap diberi CD soalan-soalan sebanyak 500 soalan dan buku untuk membuat ulang kaji :) Hebat kan kan :) 
Nantikan cerita seterusnya nanti :) Bye . 

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki