Truly Follower

FB's Follower

Lesen L !

Haii senangnya dalam hati, akan dapat Lesen L huhuhuhuh. Semalam pergi ke Metro Driving School lagi, di Subang. Lebih kurang dah macam sekolah lah tu kan.. Sampai awal gila kali ni, Pukul 9 Abang Iqbal sampai , lepas tu pukul 9:30 sampai di MDS . Orang pon tak ramai lagi, lepak kat cafe makan karipap ehehe . Pukul 10 Garlock pergi register untuk kelas Teorinya. Aku? Aku tercangak ah menunggu sampai pukul 1 . Sumpah boringg!

Tapi Tapi kan kan, perghhh ada seorang mamat handsome, putih, comel ni datang lepak sebelah aku, tegur tegur aku. Ya, dapat lagi kawan baru . Jejaka tampan tu stay di Kelana Jaya dan berasal dari Johor Bahru. Rupanya baru setahun lebih di KL . Beliau bekerja di J.W Marriot hotel di Bukit Bintang sebagai Accountant. Ermmmm borak dgn dia sampai la aku hilang boring . Lepas tu, Garlock pon call dia dah keluar dari kelas Teori tu . Jumpa dia kat office, lepas tu terus dah tak nampak mamat tu . Haihhhh Dia dah blk agaknya. Saborr jela.. Tak sempat nak tukar2 url FB HAHAHAHAHA 

Dari pukul 2 nak tunggu sehingga pukul 4 memang masak laaa . Garlock siap tidur dalam bilik komputer. HAHA Sian dia. Tepat pukul 4 dah bersemangat aku nak buat practical, atlast Abg Iqbal text cakap, "Terpaksa batalkan kelas ptg ni sebab bla bla bla bla" Menyirap kot. Kalau tahu awal2 la cakap then awal2 laa amik kitorang balik :( Buang masa tunggu je tadi . Haihh 

Pukul 7 mlm baru Abg Iqbal sampai, perghhh mmg menggugat keimanan aku.. Penat menunggu macam orang bodoh kat depan sekolah ni. Sampai dapat tengok semua orang yang bekerja kat situ balik , sampai office punya lampu pon dipadamkan.. GGGRRRR 
Apa-apa pon, lepas seminggu LESEN L saya akan siap! awww dah boleh belajar bawak kereta! Dah bole pegang-pegang stereng huhuhuhuh :) 



Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

1 comment:

  1. Nice post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
    Very helpful information particularly the last part :) I care for such information a lot.
    I was looking for this certain information for a long time.

    Thank you and good luck.

    my web site continue reading this

    ReplyDelete

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki