Truly Follower

FB's Follower

Pesta Buku, PWTC !

Okey okey guys, harini Lyn ada cerita sensasi nak sampaikan.. Ehehehe takdelah . 
Okey, ingat lagi tak sebelum ni Lyn ada menggembar-gemburkan cerita tentang Pesta Buku yang akan diadakan di PWTC seperti tahun tahun lalu. Haaa Kali ni Pesta Buku diadakan bermula pada 22hb April 2011 lalu sehingga 1hbMei 2011. Ahhh seronok-seronok. Mula la kan terbayangkan buku buku novel yang baru, yang banyak, yang murah ! Memang awal-awal dah set nak pergi Pesta itu jugak. So, dengan bangganya harini Lyn pergi lepas habis kerja. Pergi dgn abe Garlock la. Siapa lagi . Kawan semua diam je so minx tolong Garlock la temankan even dia tak minat bab bab buku ni. "eleleleyhh awok sayang kiter kan kan, sebab tu awok temankan kan kan, ehehe mekacihhhh *Kelip kelip mata kat Garlock* " Okey, sampai je pergi cucuk duit dulu apa-apa pon sebab banyak kot nak borong *POYO* Lepas dah keluarkan duit, terus ke Pameran buku KARANGKRAF Sdn. Bhd. Tempat favourite Lyn la siapa lagi. Kali ni pameran dia lebih teratur dah senang lah nak cari apa apa buku yang kita nak . Sejuk pon sejuk so takdelah kan berpeluh peluh busuk masam sementara nak cari buku itu ini, nak baca sinopsis du bahagian belakang buku tu kan.. Kawasannya pon luas, siap Garlock boleh duduk lepak sambil main game di dalam telefon bimbit dia. HAHAHA Kesian tengok Garlock muka sememeyh gila sebab nak temankan Lyn. Jalan-jalan cari cari dapat la buku yang Lyn nak . siap ada jual dalam pakej-pakej lagi . Murah pulak tu, nak je borong semua pakej tapi Garlock dah mula kan buat muka bengisnya yang tidak seberapa menakutkan. Lepas tu, terus jalan keluar . Haihhh Saborr jelah, Lyn belum puas jejalan tengok buku tapi Garlock mcm dah boring. Nak tanak ermm " okey fine, I'm DONE, lets go we eat Mc'donald at The Mall" Sedih gila! :( 

Okey ini yang Pakej bulan Mac or April tak silap Lyn ,
Empat buah ni harganya RM67.00 . MURAH OKEY .
Harga betul RM88.00. Lihat di situ berapa Lyn dah jimat :)

tak cukup rasanya, Lyn beli lagi 2buah :)
Kedua-dua ini harganya RM34.70
Harga betul adalah RM40.90, Lihat berapa jimat di situ :)

Inilah yang dapat Lyn beli semasa Garlock masih okey
Kalau tidak nak cari lagi empat buah buku sbb nak cukupkan 10buah
Tetapi tidak kesampaian

ehehehehe 

saya sayang buku buku saya ! :)
PINJAM ? NO WAY
Okeylah, lepas tu Lyn dengan Garlock pon ke The Mall singgah makan Mc'donald. Lepak borak-borak, Diyana Tiara text pulak tanya Lyn di mana? Ehehehehe rupanya Diyana di Ampang tengah melepak dengan bf dan kengkawannya . Haihh kalau dekat dah pergi sekali . Garlock pulak macam tak sihat . Kasiannnn . So balik je la lepas tu . 
Apa-apa pon happy sangat sebab akhirnya dapat jugak ke Pesta Buku :) 
Kepada kengkawan yang masih belum jejakkan kaki ke sana, pergilah . 

ILMU ITU PELITA HIDUP -,-

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki