Truly Follower

FB's Follower

Saya berjaya Test Komputer !

Episod kedua pada kali ini mengenai Ujian Komputer Lyn Marzuki. Ya, Lyn BERJAYA melepasi test itu dengan jayanya! Ececehh . Happy tak terhingga kerana ujian ini yang paling ditakuti ramai kerana jika gagal memang takkan kemana la lesen anda. Nak dapatkan Lesen L pun memang tidaklah kan. Ok, Lyn pilih harini 18/04/11 untuk pergi ujian komputer kerana harini Lyn free(OFFDAY) dan juga boyfie Lyn kerja shift malam. Pagi-pagi pukul 9 lebih dah gerak ke MYEG Tmn Metropolitan Tmn Mastiara, Jalan Ipoh. Sampai terus Abg Iqbal tolong register tempat untuk Lyn dan Garlock. Berdebar-debar cek.. Ahh menyampah pulak la kan Lyn tengok dua orang kakak kerek yang manage tempat tu. Sumpah kerek, poyo, bajet good-good, berlagak, garang semua ada. Mentang-mentang yang datang semua ni nak buat ujian komputer, mungkin pada pemikiran diorang, "budak-budak yang baru nak ada lesen" so diorang boleh la layan macam agak HAREM la kan.. Bahasa menunjukkan bangsa . Memang betul la apa ckp Diyana Tiara yang org-org kat situ memang kurang diajar. Sabar Lyn, janji kau dah lepas! :) Ok, sebelum masuk ke kelas ujian tu, kene daftar, ambil gambar lagi tu untuk Lesen L ! :) Dicaj RM10. Haihhh Abang Iqbal ni langsung tak inform pape. Nasib bawak duit lebih -,- Lepas ambil gambar, duduk di ruang menunggu ya HAHA sempat la Lyn bukak buku baca balik soalan-soalan yang Lyn dah jawab. Memang gerun . Nama Lyn, Garlock dipanggil selepas itu.. Masuk then masing-masing duduk kat meja yang ditetapkan , takleh blahhh Lyn dpt meja sebelah Garlock HAHAHAH . Mula-mula jawab tentang Ujian Mata, dia nak check tahap kerabunan mata. Kalau tak dpt 8/8 dan 5/5 memang terus GAGAL dan langsung tidak boleh ambil lesen, harus jumpa doktor buat pemeriksaan dan dptkan surat doktor plak. Selepas tu, kene tunggu dua tiga bulan untuk dapat keputusan mata. Sabar jela. ALHAMDULILLAH Lyn dan Garlock berjaya dan terus jawab ujian 50 soalan. Tahap kelulusan ialah 42/50 Perghh! Soalan semakin susah . Tetapi Lyn seronok sebab apa yang Lyn baca semua keluar. :) Cuma soalan2 10 yang terakhir mengenai fakta dan Akta itu yg jadi masalah. Ujian yang pertama ini Lyn GAGAL! Garlock juga GAGAL . Lyn mendapat 41/50, SUMPA SAYA GERAM kerana lagi satu markah je untuk saya LULUS! Garlock pula mendapat 39/50 . Good try sayang. Dengan sedih aku dan Garlock keluar then terus call Abang Iqbal mengadu segala bagai . Abang Iqbal ckp, ermm kalau keputusan camtu, better ulang lagi. So Lyn n Garlock memang setuju . Lyn ambil Pakej Sampai Lulus so Lyn tak perlu bayar apa-apa :) Garlock kene la bayar RM50 untuk ulangan. Sebelum tu, makan dulu kat kedai mamak sebelah tu, lepak makan borak dgn Garlock sampay Abang Iqbal datang. Dia senyum je. Daftar balik semua pukul 11am masuk dan mula menjawab. Perghh kali ni tekun lagi menjawab :) Dah jawab check balik 1 per 1 :) Akhirnya, aku berjaya! Keluar dengan muka senyum senyum :) Garlock muka mencuka! EHEHEHE Yeah yeah suda berjaya semuanya, Dah boleh proceed pada step yang seterusnya!! :) Garlock, bacalah buku.
Dan pada Rabu ni, Lyn dan Garlock akan pergi menghadiri bengkel tetapi sebelum tu Garlock harus LULUS ujian komputer ini . Good Luck Sayang!

Selesai ujian, Abang Iqbal pun hantar kitorang balik. Terus kitorang gerak ke Jusco Kepong sebab Garlock nak beli seluar kerja :) Sampai Jusco terus pergi kaunter wayang eheheh Tetiba nak tengok wayang RIO 3D! 


Memang best giler la cerita ni wa cakap lu.... Dalam wayang cuma ada 10 orang yang menonton via 3D tapi gelak macam ada seratus orang. Memang best. Comel aje watak-watak yang ada dalam cerita ni . Berbaloi la bayar RM20 seorang (3D) semata-mata nak tengok cerita ni. Terima Kasih Garlock belanja wayang :) ily . 
Cop, sebelum tengok wayang dapat makan KFC derr :) Sedap betol Toasted Pocketful ni :)




Lawa kan kan :) ehehehe lama tak pakai kasut cam ni ..
Jejalan, cari baju, seluar semua pastu balik :) 
Sempat plak singgah beli durian, perghh 3 biji 5kilo RM40 hinggit . MAHAL !

IloveYou Sayang!


Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki