Truly Follower

FB's Follower

BF vs BFF

What? err nothing . 2hb Mei 2011, Isnin itu perkara biasa sebab hari OFF DAY Lyn. Pada mula-mula ceritanya sebenarnya planning nak keluar dengan Farahain Haziqah. Dua minggu sebelum tu sudah pon deal bersama bla bla bla. At last, dia tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Erm, sedih jugak kan sebab dah lama tak jumpa dia, lepas tu Isnin ni je kot Lyn free tanpa apa-apa aktiviti sebab selepas ini mungkin busy dengan Kelas Memandu. Okey, fikir okeylah nak keluar jugak then ajak Laron. Kebetulan minah tu memang nak ngedate. SIOT kan . Lyn planning nak keluar berdua dgn dia, boleh pulak nak bawak bf . Haihh Entah bila pulak kan nak keluar dgn dia je . Al-maklumlaaa sudah ada peneman seumur hidup ler katakan. Takpela, sabar je . Okey, Lyn pon ajak jugak ah Garlock . Nasib baik Garlock nak ikot sebab dah lama tak tengok wayang. DEAL . Hari ni keluar dengan BFF and BF aku.. Hantam sajalah janji aku dapat keluar jejalan. So, kemana kitorang? Tempat paling termasyurr di dunia laa mana lagi kalau bukan PAVILION =,= 

Pukul 12 tgh hari gerak, sampai Pavilion pergi ke GSC dulu nak  beli tiket . WOW ada banyak pilihan cerita yang best actually. But, takkan nak tengok semua? HAHAHA Deal deal deal setuju nak tengok dua cerita, The Roommate & Water For Elephant.

Its about a veterinary student abandons his studies after his parents
are killed and joins a travelling circus as their vet .
Ermmm quite interesting I guess so . Why ?
it's because the main actor is ROBERT PATTINSON ! hihihii
Its about college student Sara finds that her roommate Rebecca
has an obsession with her, which quickly turns violent..
This movie also quite good because it brings awareness that we have
to guard against the people who lives with us, especially
when we are in college or university . We should be more careful
with our ROOMMATE .
Haa dapat layan dua movie kira oklahh , paling tak boleh blahhh dua movie ini di dalam hall yang sama iaitu hall 10 . Pukul 2.oopm cerita The Roommate, lepas itu pukul 5:40pm cerita Water For Elephant. Hahah . Lepas beli tiket terus ke Food Republic sebab perut minta untuk diisi, Yelaa bangun pagi terus siap-siap tak sempat nak jamah apa-apa. *lagipon kat rumah mana ada makan* Alaaa macam tak tahu pulak kan Pavilion ni selalu crowded. Mana pernah lengang. So jangan mimpi laa korang boleh relax cari makan, cari tempat duduk kan.. Pukul 1 pergi makan, dengan cepat sekali makan sebab pukul 2pm movie start .


Mee Jawa
Makanan pilihan Garlock. :) Sedap ouh
not bad laa price dia .
Mushroom Yee Mee Sizzling .
Its mine . Sedap jugak tapi entah laa takde selera betul.
Makan po tak habis . Mungkin kureng sedap laa
Perghhh Yong Tau Foo .
Ini bukan Lyn punya tetapi Garlock Sham punya.
Harini Garlock berselera tinggi
Mineral Water memang wajib okey !
Ehem ehem :)
Tengok! dua mangkuk
Sesudah makan :)

Lepas makan, terus la ke hall 10 . Petang tu sementara nak tunggu next movie, jejalan dulu ke ROXY . Alamakkkk dah ternampak purse yang sangat cantik la kot bagi Lyn. Memang ada cita-cita nak tukar purse. Ermm, pusing-pusing fikir lagi nak ke tanak beli . Hold dulu laa . Lepas habis wayang pergi ke Quicksilver . Garlock pon nak beli wallet . Alang-alang boyfieku nak beli better aku pon beli kan kan :) And FINALLY, I managed to bought it ! OMG ! 

Tak cantik ? Who Care about it?
Biarlah janji aku yang beli aku yang pakai :)
Season season gituuu . Eheheheh 

Di bahagian dalamnya :)
Simple tapi best okey
Okey agak poyo di sini .
See RM149.90 okey . I'm not lying!
Yela ada yang ckp "ek eleyh purse uptown la bla bla bla"
Kitorang jejalan jejalan sementara nak tunggu hujan reda. Lepak luar Pavilion .
Chop, boleh pulak terserempak dengan Mr. Manager aku . Perghhh berdebar-debar. Bila fikir balik there's no point for me to dup dap dup dap because today is my OFFDAY . So what . Ahh dia siap tegur aku balik selepas aku menjerit nama dia HAHAHA . Dia tanya
" Hey Lyn, kamu buat apa di sini? Jalan-jalan ke" HAHAHA apa patot aku jawab? Adakah aku perlu jawab " Hey tak lah bukan jejalan, datang melawat binatang kat sini" or " eh tak laa datang sebab nak belajar memasak" HAHA or " tak laa, Lyn memang tggl di sini . Tingkat 5" HAHA Ok fine, aku tidak sampai hati nak berkata sedemikian so aku pon cakap " Hehe a'ah datang jejalan dengan kawan." Simple kan ayat Lyn? hahaa Malu la tu Mr Manager aku lepas ni sebab GOTCHA !!! Aku dah tengok dia with unformal dressup and also muka dia yang sentiasa KONONNYA serius . HAHAHA 

Pukul 8:30pm terus balik . Memang penat . Laron and bf dia Syawal, singgah lepak dulu rumah aku sambil main PS2 . haihh mcm apa je . Kitorang siap makan lagi kat kedai bawah rumah aku HAHAHA Memang muka kitorang muka makan :)

Iloveyou 
Laron with her Boyfie Syawal 
**Guys, Syawal Bostaman ni memang agak sengal okey . Dari jumpa sampai balik memang suka menyakat aku . Dia suka pijak kaki aku . So pada sesiapa yang terjumpa dia, tak payah teragak-agak untuk laporkan dirinya di Hospital Bahagia berhampiran anda . AWAS ! HAHA**



Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki