Truly Follower

FB's Follower

Aku sangat sangat marah ni!!!

Marah, tahu tak apa makna marah? Korang pernah rasa marah tak? Bila marah apa korang rasa nak buat?

Dah la, tak payah jawab soalan Lyn ni sebab tanak tahu pon, buat lagi bengkeekk je. Marah pasal apa? Lyn marah pasal sikap seorang makhluk Allah S.W.T ni yang sangat sangat susah nak mempermudahkan kerja Lyn. Korang tahu siapa? Ermm ye kalau boleh memang Lyn nak mengaibkan je orang yang buat Lyn marah ni. Biar dia sedar Lyn ni bukan boleh diperbodohkan okey walaupun kekadang ye memang Lyn bodoh. Actually this is about my driving class yang dah berbulan-bulan Lyn ikut dan sampai sekarang tidak settle . Tak perlu laa nak sebut nama orangnya, but I have to mention their company name, Metro Driving School. Sesiapa yang pernah belajar di sini maybe korang bernasib baik laa sebab person in charge orang maybe seorang yang BERTANGGUNG JAWAB dan sekarang korang dah bahagia pandu kereta di atas jalan secara sah. Bagi yang masih belum settle sampai sekarang maybe nasib korang seakan sama dengan Lyn. Lyn actually nak cakap pasal person in charge yang handle kelas-kelas driving Lyn . Memang Lyn tak puas hati sampai mati! Ok, Lyn bagi situasi keadaan Lyn yang sangat menunjukkan hati dan perasaan Lyn sangat marah ni ok . 

Situasi Pertama:
"Okey, last Lyn pergi HQ Metro Driving School pada 20hb April 2011 untuk bengkel teori dan praktikal. Time tu Lyn ambik cuti (ANNUAL LEAVE) sebab Lyn nak settle kelas praktikal Lyn . Teori Lyn dah selesai pada 18hb April 2011. Cuma bf Lyn belum settle kedua-dua kelas itu. Okey, fine Lyn ikot jugak dan tunggu bf Lyn habis teorinya, dalam panas selama 3jam dari pukul 10am-1pm. Memang letih, mood pun hilang. Dalam panas okey, kalau korang tak panas hati? Okey okey panas neraka lagi hebat tapi masalah sekarang Lyn cerita situasi Lyn di sana. Sesiapa yang berada di tempat Lyn time tu pon Lyn rasa anytime boleh mengamuk macam nak bakar je tempat tu. Betul tidak? *Kasi angguk lu punya kapla!*  Sebab apa Lyn ikut? Sebab brader tu cakap malas nak ulang dua kali jalan ambik kitorang so dia minta tunggu sekali sebab lepas teori kelas, boleh buat praktikal sama-sama. Okey pukul 1pm tamat sudah kelas teori bf Lyn. Tapi yang bengangnya time bf Lyn dah habis teori tu, person in charge kitorang takde pon dengan kitorang. Budak-budak lain, diorang punya brader semua ada tunggu anak didik diorang keluar, tolong thumb print , lepak makan tengah hari sama-sama sambil tanya kelas semua cam ner bla bla bla. TAPI, brader yg handle Lyn dgn bf, HARAMMM langsung takde dengan kitorang sampai nak thumb print semua terkial-kial cari . Bila call memang harapan laa brader tu nak angkat. Apa perasaan korang kalau ada di situasi kitorang time tu? Okey, belum rasa pape lagi? Fine, panjang lagi aku nak bercakap. 

Lepas thumb print, pergi makan. Sambil makan Lyn and bf try lagi call call call dan call dan at last dia angkat. Dia cakap minta tolong pada brader sekian sekian ini . Lepas tu, makan rest dulu . Dia cakap pukul 4ptg dia sampai. Okey, time tu pukul 2ptg . Taktahu nak buat apa. Bf time tu tak cukup tidur sebab semalam tu dia kerja malam. Memang kesian giler Lyn tengok dia. Brader tu minta kami tunggu sampai pukul 4ptg . Bf sampai dah tidur dalam bilik test komputer sebab memang tak larat. Mata dah merah merah. Kalau korang sanggup ke tengok bf korang cm tu? Hati panas ke tak? Ermm okey takpe.. Korang maybe tak terasa apa yang kitorang rasa lagi.. Dah pukul 3:30ptg tetiba brader tu sms cakap " sorry kelas ptg ni dibatalkan sebab anak abg sakit bla bla bla bla bla" APA PERASAN KORANG setelah dekat 2jam korang tunggu brader tu macam orang batak kat cafe tu, macam orang bodoh duduk depan office tengok kereta pandu uji tu lalu lalang, tengok orang keluar masuk thumb print , tengok van Metro dua tiga kali ambik dan hantar orang pergi balik . Apa perasaan korang? Apa korang boleh buat dengan masa yang selama tadi jadi batak, bodoh, bengang ? Kalau Lyn baik pergi kerja, ada jugak faedah . Okey, fine dah batalkan , nak baka tempat tu pon tak guna jugak, kelas tetap batal. Hati Lyn memang dah bengang gila. Bf Lyn pon bengang tapi masih sabar.

Okey, batal batal lah kan, so tunggu laa brader tu ambik kitorang balik sebab itu memang tanggungjawab diorang betul? Dari pukul 4ptg tu kitorang tunggu punya tunggu sampai pukul 7pm, pon tak sampai2 lagi. Bila call cakap "Otw" biasala ayat orang lambat. Dah la time tu dengan hujan lebatnya, dengan ribut kilatnya. Siap dapat tengok rupa orang-orang Metro tutup office diorang, sampai gelap laa Metro Driving School tu. Boleh ke tetiba brader tu call cakap " Ermm korang balik naik teksi boleh tak? Abg tak sempat laa nak ambik korang, jalan jem ni" HAHA boleh pulak time tu Lyn dengan bf masing2 dalam wallet tinggal 10ringgit je doh sebab sebelum tu RM30 dah pass kt brader mana entah itupon brader in charge kitorang suruh. Macam mana kitorang nak balik ? Naik Teksi? Nak ke teksi tu hantar ke rumah kitorang? Dari subang balik ke Jalan Ipoh? BUKAN DEKAT SANGAT KE ? AGAKNYA METER TAMBANG BOLEH MELAMBUNG-LAMBUNG TINGGINYA... Hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu apa perasaan kitorang time tu... 

Situasi Kedua:
Okey, brader tu cakap lepas seminggu L akan dikeluarkan , kitorang settle bengkel semua 20hb April 2011, so lepas seminggu that's mean pada 27hb laa siap bukan? Okey, 27hb April 2011 pagi tu kitorang call tanya pasal L , dah keluar ke belum . Brader tu cakap "ada masalah sikit dengan sistem JPJ , maybe esok lusa ok" Okey, lepas dua-lima hari kitorang call balik dia bg alasan yang sama. Time tu Lyn dah rasa lain. Redhaa je.........
Sejak dari itu, kitorang minta tukar tarikh belajar iaitu pada setiap ISNIN dan brader tu cakap BOLEH . Then masuk bulan Mei, Isnin minggu pertama pagi tu call tak dijawab, sms tak reply . Kemudian call bini brader tu, baru dia nak sms bagitatu kelas batal . SAKIT HATI OKEY

Situasi Ketiga:
Lepas pada tu setiap minggu hari AHAD Lyn bagi msg dekat bini brader tu dan juga brader tu, memang HARAM nak reply . At least nak inform "Okey esok kelas kita pada pukul bla bla bla bla, or esok kelas kita tunda bla bla bla" ATLEAST, kitorang tak perlu lagi ambik cuti tahunan, cuti tanpa gaji semua bagai. Sebab dah tentu-tentu kene marah dengan manager, dah tentu2 kene potong gaji . Reputasi kerja jangan cakap laa..T___T

Kira laa berapa minggu dari 27hb APRIL 2011 sampai semalam ISNIN 13hb JUNE 2011 masih takde perubahan pada kelas kitorang. Semalam mula kata jadi pukul 3petang, lepas tu pukul 2:30ptg call cakap tak jadi dan bagi lagi alasan BODOH dah tak masuk akal!  Sumpah Lyn hilang sabar . 

Semalam yang call pun bukan brader tu tapi bini dia. Asal bukan brader tu yang cakap sendiri? At least bagitahu laa sebab apa semua . Lagi sekali Lyn tanya pasal L Lyn, dorang mcm tak confident cakap sama ada L lesen Lyn tu wujud ke tak wujud . Okey fine kalau mereka mereka tu nak tipu nak makan duit Lyn yang dah habis beratus ringgit tu tapi tengok laaa HIDUP mereka tak sempurna . Harap begitu laa . Otherwise, pulangkan duit Lyn balik ! Itu sahaja Lyn fikir . Dan memang nak buat report pasal benda ni . Kalau korang, tak sakit hati? Mama pun bising-bising. 

Disebabkan sikap brader yang sambil lewa macam ni,

  1. Cuti Lyn dah habis sebab selalu ambik cuti . Lagipon Lyn staff baru dah cuti tahunan Lyn sikit je. 
  2. Tergantung kelas-kelas belajar memandu Lyn . Belum start pape pon actually . Sedih gila
  3. Bergaduh dengan bf sebab masing-masing lepas geram , lepas marah pasal sikap bodoh orang-orang yang taktahu tanggung jawabnya. 
  4. Hilang semangat nak ambik lesen sebab rasa seperti ditipu hidup-hidup .
  5. Duit beratus ringgit terasa lesap kosong !

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

2 comments:

  1. skrg tgh terkena...
    lesen L patut dpt before raye ai tu, tp ntah knape date yg issued kat lesen L tu hujung bulan 10.
    L dh sebulan kluar, tp die buat bodoh je... bila tnye ckp nnt sy check balik.. ujung bulan 11 br die ckp L dh ade..
    itupun kne follow up byk kali..

    then cerita belajar kete tu xpayah ckp laa, sekali je blaja ngn die..
    pastu die pass kat org lain..

    cerita ambk anta pn same, br 2-3 kali die ambk..
    kadang tpakse tggu org len ambk, then tpakse laa menghabiskan masa dlm van selama 2jam g ambk anta semua org dlu...
    kadang die just ambk je, pastu anta blk kne naik van...

    stress dgn org mcm ni... well, cte kte mcm same kn, mungkin org yg same...
    sbb I pn deal ngn wife die, then katenye suami die instructor tu.. tp haram jadah mmg die pass kat org lain..
    lucky me sbb org yg die pass suh aja I tu lg best ajar dr die..

    so xsaba nk settlekan cpt2, sbb malas dh nk g metro tu..
    kalau buat kat klantan instructor tu yg akan keep chasing kte ble nk buat segala, aja & jaga betul2...
    ini x, dh laa mahal nk mam***, pakej smpai lulus konon, yelaa smpai lulus yg xtau ble nk settle..

    ReplyDelete
  2. salam ...
    buat report kat HQ kg subang
    kalau mrk x nk terima..report kat tribunal mintak duit balik..
    biasanya yg buat hal francais.....
    pergi hari minta tukar ke hq. sambung bayar jeje

    ReplyDelete

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki