Truly Follower

FB's Follower

Pergilah tengok KL Gangster ramai-ramai !


KL Gangster adalah sebuah filem melayu aksi yang TERBAIK sepanjang tahun 2011 ini. Tidak, bukan disebabkan Aaron Aziz terlampau kacak tetapi kerana pengarah cerita ini memang otaknya geliga geligok dan sangat kreatif sehingga berjaya mencipta filem seperti ini. Permulaan cerita ini dah buat hati Lyn sendiri berdebar-debar. Ya, memang seronok sangat sebab aksi dalam cerita ni, semua nampak real ! Dialog yang memang bapak kasar laa . Gayanya memang betul-betul taiko gangster wa cakap lu... "eh apehal aku cakap camni pulek" Ermm bila cerita dah bagus, mula lah ada yang tak puas hati, ada yang tak dapat terima Aaron Aziz kacak sangat , Opss chop chop bukan bukan pasal Aaron Aziz HEHE . Ada laa suara suara sumbang kodok mula cakap cerita ini terpesong lah, mempersenda bangsa lah, membuka rahsia lah, melampaui batas lah haihh macam-macam. Cuba layan cerita tu dengan aman. Kalau cemburu cakap je lah cemburu kan -,- Tak payah nak heboh-heboh cacat cela, aibkan orang, cari salah tak tentu pasal, buat gawat sana sini . Bagi Lyn lah, cerita ini memang okey. Dari segi jalan ceritanya memang penuh dengan pengajaran, banyak menyentuh soal hati dan perasaan, sedikit sebanyak mengetengahkan sesebuah situasi yang memang benar-benar berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. Haa mula lah ni nak jadi penyampai berita terbaik . Paling seronok ada ZIZAN RL sebagai penyeri cerita tu . Lawaknya ada je walaupun cuba nak serius . HAHAH Kelakar sungguh .  

Overall, bagi Lyn cerita ini hebat dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat . Lyn puji lebih cerita ini sebab memang kurang dan takde sentuh langsung laa pasal perempuan . I mean, takde scene perempuan tengah urut urut lelaki lah, takde laa scene seks ranjang lah, boleh dikatakan kuranglah nak tunjuk perempuan dengan pakaian seksi , pelacur, GRO semua.99.99% cerita semuanya tentang gangsterism .So, Lyn sarankan kepada semua pergi laa buang masa sejam lebih kat pawagam untuk cerita ini :) Anda tidak akan menyesal malah anda rasa tanak bangun dari seat dan tanak keluar dari pawagam itu . "Tipu sangat" Pergilaa tengok okey guys . :) Support filem negara kita . MALAYSIA BOLEH !

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki