Truly Follower

FB's Follower

3,2,1 Cinta + Transformer Dark Of The Moon

Sinopsis : Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (Diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berperwatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘Perempuan 37:1 Lelaki’, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan untuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam, dan rakannya Ayam juga tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril?

Seronok jugak cerita ney sebenarnya . Baru-baru ney pergi tengok dengan boyfie Lyn. Dalam nak tak nak boyfie Lyn layan cerita ney tergelak-gelak jugak dia . Poyo kan ! Cerita ney memang kelakar sangat, lagi lagi watar Pierre Andre dalam cerita ni yang agak bodoh-bodoh ayam lepas tu dengan loghat sebutan 'S' dia HEHEHE . Memang dari mula cerita ney Lyn nak tengok tapi boyfie asyik bagi alasan je untuk mengelak. Ok takpe, bila cerita Transformer keluar je, boyfie tergedik-gedik pulak nak tengok . Hahaha So keadilan diperlukan ye dalam hal ni . Awak tengok cerita saya, saya tengok cerita awak. Baru adil betul . Okey, layan laa dua cerita , mula mula tengok 3,2,1 Cinta lepas tu cerita Transformer Dark Of The Moon . 

Perghh dua-dua cerita seronok hingga menusuk ke qolbu ! Takde laa rugi kan sampai RM50 bayar duit tiket . Transformer lagi seronok sebab tengok dalam 3D . Memang menonjol gila aksi-aksi dalam cerita tu . Boleh sampai kebas laa punggung ni sebab ceritanya memang lama. Tapi memang LAYAN . Ermm time layan 3,2,1 Cinta dalam panggung penuh dengan budak-budak sekolah je . Haihhh ponteng je kerja diorang . Apa nak jadi lerr . 


Synopsis : "Transformers: Dark of the Moon" features Sam Witwicky (Shia LaBeouf) taking his first step into adulthood while remaining a reluctant human ally of Optimus Prime. The film centres on the space race between the U.S.S.R. and the USA, suggesting there is a hidden Transformers weapon that remains one of the planet's most dangerous secrets. As both Autobots and Decepticons learn of a Cybertronian spacecraft which is hidden in the Moon, both race against each other to reach it and learn its secrets, which could turn the tide in the Transformers' final battle.

Cerita ini antara cerita terbaik yang pernah Lyn tengok selepas cerita Fast & Furious dan Twilight. ( tapi takleh lawan laa cerita Twilight kan hehe Best for hundred years HAHA) So far layan memang tak boring! Hebat sangat lagi lagi time kalau kereta tu BERTUKARR menjadi robot . perghhh seram je tengok . Bulu roma semua naik okey HAHAH .  Ermm pergi laa ramai-ramai tengok . Takkan menyesal . Lagi bagus layan dalam 3D :) Anda terasa seperti berada di dalam filem itu ! -,- 

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki