Truly Follower

FB's Follower

Happy Birthday abah.....

Alamak terlambat nak update pasal sesuatu yang sangat penting dalam hidup Lyn ney . Terlambat dua hari kot . Heheh Penting sangat ney . *jalan ulang-alik ulang-alik sambil menyesali* Okey sebelum tu 

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
my beloved daddy....
Happy Birthday to you..

Haaa 9 Julai 2011 yang lalu *baru dua tiga hari lepas* merupakan hari bahagia buat ayahanda terchenta Lyn, Marzuki Bin Abdul Aziz iaitu hari jadi beliau yang ke 55tahun . Syukur alhamdulillah abah Lyn masih sihat dan diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan beliau sebagai seorang bapa kepada enam orang anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Wahh macam tak percaya abah dah 55 tahun sebab abah masih kuat dan hebat seperti dulu-dulu hehehehee . Ermm, sekali lagi Lyn sedih dan terkilan sebab masih tak dapat wish birthday abah di hadapan abah kerana abah jauh , lepas tu tak sempat pulekk nak belikan abah hadiah. *takde idea nak bagi hadiah apa, abah I kan suka demand HAHAHA* Pagi 9 Julai tu Lyn cuma hantar message kat abah , wish ala ala macam menyanyi HAHAH dan abah Lyn ni jenis serius so dia cuma reply *TQ* gayanya seperti tiada perasaan . HAHA

Ermmm abah, Lyn harap abah bacalah ucapan selamat Lyn ney untuk abah yea :) . Lyn menaip ni semasa keseorangan di rumah sambil makan Mc'd Spicy Chicken Mcdeluxe . hoho.
Takpelah apa-apa pon semoga abah panjang umur dan sentiasa sihat dan selalu dimurahkan rezeki dan harap abah boleh belikan Lyn sebuah laptop baru *sempatlagituuuuuu* . Jangan selalu fikir banyak okey nanti darah tinggi naik . Jangan makan nasi banyak-banyak nanti gula tinggi. Jangan selalu tidur lewat nanti lambat pergi kerja ohohohoo . Jangan selalu kuar malam-malam pergi main dart . Abah bawak kete malam2 nanti abah mengantuk . Lagipon abah kan silau . Jangan cepat marah-marah okey . Heheheheheeee Lyn sayang abah selalu...

I love you
I miss you 

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki