Truly Follower

FB's Follower

RAMADHAN AL-MUBARAK



Bulan menurunkan berat badan kembali lagi ! Chop, menurunkan ke atau menaikkan lagi ? Bulan Ramadhan kembali lagi. Bulan di mana penuh dengan kebaikan, keberkatan, kebahagiaan, kesabaran dan menguji keimanan setiap umat Islam. "ecehh terceramah lebih pulak." Diam tak diam kejap je dah masuk bulan Ramadhan iaitu bulan puasa. Semua orang semakin sibuk bersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Azam aku pada bulan puasa kali ini, heheheh nak puasa penuh ! INSYAALLAH . Nak cuba puasa penuh, nak mengaji Al-Quran setiap malam, nak berbuka puasa secara ala kadar, nak sahur secara ala kadar, nak cuba berjimat cermat . HEHEHEHE Macam-macam la kan tapi nanti satu pun tak jadi. Ish ish ish poyo mak amin ! Tanamkan semangat yang kental dalam diri kau Lyn Marzuki!!

Ermmm puasa kali ini macam lagi menyedihkan aje. Yela, ada hari aku kene bersahur dan berbuka di tempat kerja, ada hari terpaksa berbuka dan bersahur seorang diri. Mama kerja, aku kerja so masing-masing tak dapat makan bersama, bersahur bersama. Nak berbuka dengan family tahun neh macam tak kesampaian je . Sedih jugak tapi apakan daya, masa seringkali berubah dan setiap tahun pasti muncul kelainan. Terpaksa belajar berdikari sikit ye Lyn Marzuki, beli makan untuk bersahur sendiri, beli makan untuk berbuka sendiri erm..
Apa-apa pon SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KALI INI . SEMOGA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADANYA . AMIN ..

Ini adalah waktu Imsak dan Berbuka bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sempat aku research . So, ermm sesiapa nak merujuk boleh klik di sini . :)

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki