Truly Follower

FB's Follower

Sekali Lagi


Sinopsis : Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu?

Finally, dapat jugak melaram dalam wayang tengok cerita romantik sengal ney ! Kenapa romantik sengal? Dalam filem ney, Shaheizy Sam sangat comel dengan watak autisme . Memang patut dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popoular sebab memang ramai minat dengan lakonan dia termasuk laa Lyn . Gaya yang bersahaja, kelakar, sengal semua dia boleh lakonkan . Ermm dalam cerita ney rasa jalan ceritanya agak boring kecuali dialog-dialog yang disampaikan oleh adik kecil molek yang comel, Mia Sara . Memang suara adek Mia sangat comel . Geram macam nak cubit-cubit pipinya hehehe . Macam biasa layan cerita ney dengan boyfie terchenta ( tangan dibahu mata tengok atas) dengan sebungkus keropok Twisties perisa tomato dan secawan air bersaiz besar mirinda strawberi . (romantik laaa sangat kan..) Memang dalam wayang tak ramai orang , barisan tempat duduk Lyn cuma ada Lyn dan boyfie sahaja . Seronok betul . Boleh melunjur kaki, boleh ubah ubah seat , (ya ya agak batak sikit) So far cerita yang Shaheizy Sam berlakon tak pernah menghampakan Lyn even this story quite boring so yeah ! :) apa-apa pon enjoy jugak :) 


Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki