Truly Follower

FB's Follower

Fixie Comel !

Fixie. Idaman setiap remaja. Lyn ? hehe minat jugak. FYI, tahun 2011 ni sudah cukup 5tahun Lyn tak berbasikal. Sejak-sejak tinggal di KL, memang dah lama tak menunggang basikal. Fixie. ermmm basikal yang agak unik dan patut dicuba oleh semua remaja. Itu sebab Lyn rasa Lyn perlu memiliki sebuah fixie yang comel seperti ini :


Comel kan fixie ini? Geram betul bila tengok. Nak sangat cuba. Setiap kali tengok remaja menunggang tiap-tiap malam pukul satu dua pagi, seronok betul . Macam aktiviti yang sihat.
Tapi ermm harganya yang sangat mahal buatkan hati Lyn terbantut pulak nak memilikinya.
Rasanya banyak jugak kegunaan fixie ini :
  • Boleh dibuat senaman petang-petang di taman metropolitan . Dari rumah kayuh sampai ke taman, kayuh 10pusingan lepas tu balik teguk air banyak-banyak . *bukan melantak banyak-banyak ye Lyn*
  • Kalau nak pergi kerja, malas nak drive kereta *atcely nak jimat minyak kereta* boleh pakai fixie comel ke tempat kerja kan kan :) lagi unik dan kreatif. Tak pernah dibuat orang, kita patut lah buat .
  • Petang-petang mama jerit minta tolong beli gula, beli susu pekat, beli telur, boleh naik fixie pergi ke kedai runcit :) sambil exercise sambil tolong mama . *boleh jadi anak mithali* HEHEHEH
  • Malam-malam nak keluar kalau rasa nak balik pukul 3 4 pagi, nak mengelak dari road block, boleh pakai fixie . tak perlu lesen, tak perlu roadtax. SELAMAT . Jimat minyak kereta, minyak motor, selamat untuk yang tiada lesen . HEHEHE
  • Kalau malas nak exercise dengan cara berjogging, berlari, senamrobik, baik berfixie je. Senaman jugak . Kayuh basikal boleh buat kita kurus jugak okeyyy . :)
So, boleh tahan kan kegunaan Fixie nih. Lagi-lagi kalau ramai kawan yang ade fixie ni , malam-malam ramai-ramai berkonvoi kesana sini . Lagi-lagi time raya berkonvoi pergi beraya naik fixie, UNIK kan kan :) Haih syoookkk sendiri pulak cerita pasal fixie ni, tapi apa pon takde . Nak kumpul duit lah nak beli fixie. Lepas tu nak mekap-mekapkan dia sikit Heee
Dah lama wujud benda ni baru sekarang nak berminat ? HAHAHA Lyn memang sentiasa lambat dalam mencapai tahap klimaks sesuatu benda yang semakin famous mengikut peredaran masa :) Ermmm fixie comel fixie comel fixie comel *konon fixie tu boleh muncul*





Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki