Truly Follower

FB's Follower

Hantu Bonceng =)


Sinopsis : Mengisahkan Amran (Zizan) seorang budak delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.


Kalau diberi LIMA BINTANG Lyn bagi Empat Bintang SETENGAH ! Hehehehee lagi setengah mana ? hehehe lagi setengah dibuang sebab hantunya sangat sangat tidak nampak natural. Dari segi mekap, dari segi keseramannya kureng . Biarpon ianya seram komedi, ia patut nampak natural dari segi keseraman itu . ecehhh bajet bagus pulak kan,* jadi je laa direktor kalau dah bagus sangat kan..* Apa pon keseluruhan cerita menarik gila. Mana tak gila kan bila Zizan je berlakon memang menjadi ah kan , tapi tokleh lawan OTAI Saiful Apek , beliau lagi hebakkkk ! ermm mula tengok tajuk macam tak menarik . Awal-awal dah cakap dalam hati *cerita ni mesti bosan dan mengarut* Tapi beranikan diri ajak boyfie tengok cerita ni . Alasan sebab Zizan berlakon , kalau Zizan berlakon tak seronok boleh jadi seronok betul tak tak tak? Haaa 

So, lepas dah tengok, memang berbaloi laa beli tiket dengan harga RM13.00 seorang . Lawaknya memang menjadi dan seperti biasa , Lyn gelak habis-habisan dalam panggung wayang tu . Peduli hape kat orang sekeliling, diorang pon gelak sampai ade yang tertonggeng what... Normal laa tengok cerita kelakar kan :)
So, di sini saya menyarankan anda semua pergi laa tengok HANTU BONCENG ini . Takkan menyesal . Saya berani jamin ! HEHEHEHE Zizan memang pelawak terhebat lah ! Lepas ni tak sabo nak tengok RAYA TAK JADI ! HEHEHEEH

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki