Truly Follower

FB's Follower

Kebaikan & Keburukan Kekasih Pilihan Keluarga

Baru-baru neh ada terbaca satu artikel tentang Kekasih Pilihan Keluarga daripada satu majalah. Ermm, ada terasa nak share lah dengan bloggers yang mana mana rajin bebenor lah melawat, melihat, mengintai blog Lyn yang agak kureng mantopp macam bloggers lain. . Ermm bila baca pasal artikel neh, rasanya ade betul jugak, kekadang ada rasa kureng setuju . HEHEHE 

Lyn ada jugak terfikir, dalam zaman moden macam neh, ada lagi ke konsep Kekasih Pilihan Keluarga neh Cik Kiaahhh oiii??! "uihh hang jangan duk main-main, awat pulak takdak aihh . Ada lagi aihhh , belambak-lambak kat luar sana tu duk dalam dilema bagai nak dengar cakap mak pak ka or nak ikut hati ka". Perghh sampai begitu sekali yea . SEERAAAMMMMMM . 

Ermm okey Lyn mula dengan KEBAIKAN dulu

KEBAIKAN :

-CALON TERBAIK !
Mak Pak mana tak sayang anak betuii dakk ? HAHAHA *jgn duk kuaq loghat Penang sgt aihh* Ibu bapa pasti memilih calon terbaik utk kalian. Selalunya, ibu bapa selalu pilih calon yang sama taraf dari segi pendidikan,harta(WAJIB TUU) taraf dan kedudukan terutamanya yang mempunyai gelaran ye... *Untung lerr kalau dapat kerabat diraja HAHAHA* Dengan cara camtu, susur galur kalian akan diwarisi oeh keturunan yang baik-baik.

*Sekarang dunia dah macam-macam, orang yang dipandang macam baik tu laa sejahat-jahat manusia....adoyaiii 

-DIRESTUI SEISI KELUARGA
Siapa tanak dapat restu kan dari keluarga masing-masing . Orang cakap restu ibu bapa penting kalau tidak susah kita nak hidup bahagia. Kepatuhan kalian dengan permintaan ibu bapa membuatkan hubungan bertambah erat. Kalian akan lebih dihargai dan diberi perhatian oleh keluarga kerana mereka mahu pastikan yang kalian happy dengan pilihan mereka . 

*Untung lahhh pada sape-sape punya PARENTS yang SPORTING habis . Sudah tentu siapa pun pilihan kalian diorg mesti restu . Harap2 pilihan korang tu menepati lah citarasa mereka.

-BIJAK MENILAI
Ermmm orang tua kita terlebih dulu yang makan garam, so diorang boleh agak lelaki/perempuan neh jenis yang macam mana. Kalau mereka cakap itu baik, maka baiklah .

*ini Lyn setuju hahaha :)

-PERASAAN ISTIMEWA
Kalian begitu teruja nak tahu apa istimewa sangatlah kat mamat yang telah mencairkan hati parents kalian sampai nak jodohkan kalian dengan dia. Lama-lama mula lah jadi sayang, cinta pon dapat disemai ketika dalam proses pengenalian . Ala-ala romantik gituu . 

*ermmm macam mana ya orang tak pernah kita kenal tetiba satu bilik dengan kita? SERAMM jugakk . Entah apa angin dia, macam-macam dia boleh buat . Ish ish ish . Romantik tu adalah, keseraman lagi laaa berganda hohohoho


Okey tadi kebaikan, sekarang kita tengok keburukan pulak .

KEBURUKAN :

-TIDAK MENEPATI CITARASA
Adakala kekasih pilihan keluarga tidak menepati cita rasa atau kriteria yang kalian idamkan. Maka, ermm macam-macam laa masalah timbul . Susah nak berkomunikasi lah, tidak ada persefahaman lah, ego lah . Silap haribulan tak pasal pasal masing-masing jadi janda duda.

*memang cari masalah lah kalau kalian tak suka dengan pilihan keluarga . Mula lah ada yang kahwin lari lah, kahwin senyap lah . Haihhh

-SUKAR MENCARI KESERASIAN
Semata-mata nak jaga hati family masing-masing, mulalah ada yang berlakon konon bahagia dengan pilihan family, mula lah menjalinkan hubungan dengan tidak serius, tidak ikhlas . At last, BERCERAI jugak . Tak pasal status JANDA DUDA dapat nama . 

*Kan susah, bila tak serasi mula masing-masing buat hal masing-masing . Baik SINGLE . 

-CAMPUR TANGAN KELUARGA
Bila family yang tentukan pasangan hidup kalian, secara tak langsung kalian takde kebebasan nak mencorakkan hubungan kalian berdua sebab keluarga sentiasa campur tangan, sentiasa ada di mana-mana untuk memastikan kalian bahagia dengan pasangan hidup yang telah keluarga kalian tentukan . Tak pasal-pasal kalian boleh dapat tekanan jiwa emosi dan mental

*Langsung tak de privasi , nak buat itu ini semua keluarga sibuk nak ambik tahu . SUSAH!

-TAK DAPAT BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
Masing-masing berbelah bagi dengan kemahuan sendiri dan kehendak keluarga . Malah, kalian langsung takleh nak buat apa-apa keputusan sendiri tentang hubungan korang sebab sentiasa dibayangi impian keluarga . 

*Lebih baik tak payah kawin . AHAHAHAH


Ermmmmm susah jugak nak kahwin, nak puaskan hati keluarga sangat susah . Otak pemikiran orang tua dengan orang muda memang lain . Alih alih dapat yang berkenan di hati, mak pak pulak tak berkenan . Sedih tahuuuu ! So, ermm kalau nak pilih pasangan hidup, make sure parents korang tahu awal-awal . Bawak selalu berjumpa dengan keluarga kalian, kalau semua senang hati, parents pon okey boleh terima, ada GREEN LIGHT , Haa baru lah declare ! Jangan GELOJOH ! HAHAH

Sekian sahaja dari Lyn . Nanti ade info lagi Lyn cuba-cuba post :) Kot Kot time neh ada yang dalam dilema nak ikut cakap parents or diri sendiri hehehehe . 

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki