Truly Follower

FB's Follower

Mc'donald Dinner Box A !

Sekarang ni, sambil menaip tentang entry HOT nih bawah meja Lyn ada Spicy Chicken Mcdeluxe! Makan sambil menaip di tempat kerja pada waktu malam sebegini memang LAYAN habis wa citer sama lu toooqq . Biasalah bila di tempat kerja, bosan melanda diri terus mulalah lapar, perut kosong, perut berbunyi kemudian mintak makan ! HAHAHA Tetiba teringin nak try Mc'd Dinner Box nih . Yela macam murah pulak lepas tu dalamnya macam-macam adaaa . 

Tergoda tak ?
Mula nak buat "delivery call" tapi line busy bagai haprak giler! Last last bodek boyfie tolong Drive-Thru . Ecehh dia pon okey sahaja. Berbekalkan Rm30.00 maka dapatlah Family Dinner Box A yang agak mengancam yang tertera seperti gambar di atas. Packing yang sangat kemas, box yang keras dan sangat kemas susunannya . Tak macam Mcdelivery, bila sampai kat customer, isi dalam paper bag tu habis semua tunggang terbalik dan ada masa ish ish tak lengkap seperti yang dipesan. Okey, dalam set nih ada 1 burger Spicy Chicken Mcdeluxe, 2 Kentang Goreng, 2 burger McChicken, 3 minuman Ringan, 6 ketul McNuggets, dan 2 Sundae (Strawberri & Chocolate) . Meriah kan? Set ini boleh makan dari dua hingga ke empat orang. Jimat bukan . RM30 bahagi dengan 4 org , seorang baru berapa ringgit je . :) Memang kenyang giler laa layan mende nih . Puas hati jugak sebab Mc'donald semakin bijak menarik perhatian pelanggan lagi-lagi seperti Lyn , ecehhh -,- 

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki