Truly Follower

FB's Follower

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

Opss, macam dah terlambat sangat pulak nak berkudap-kudapan eh bukan berucap-ucapan, hatdooyyy , tersasul la pulek! Tup,tup,tup dah raya rupanya, macam sekejap sangat kita puasa, (memang pon kan 29hari je kot) . Cakap raya je, macam-macam dalam kepala otak berfikir. Nak shopping baru baju, shopping kasut baru, shopping beg baru, cadar baru, langsir baru pendek kata semua BARU! Macam-macam, lepas tu fikir BAJET . Alamak ! macam mana nak raya kalau bajet takde?? Ermmm Itu laa lain kali simpan duit 3 bulan sebelum nak raya ! Macam Lyn laa, lagi 3 bulan nak raya Lyn dah start menabung. yelaa tahun ni 99.99% semua kene beli sendiri, kene tolong mama beli barang-barang rumah. *nak meriahkan rumah, nak lawan rumah Tok Kadi* HAHAHA 00.01% tu hilang sebab kakak saya ade belikan baju raya untuk saya HEHEHEH I LOIKEE . 

Tahun neh Lyn beraya dalam keadaan kurang puas hati dan agak sedihlahhh . Sebab apa? Ni haaa :
  1. Tahun neh raya pertama Lyn kerja. Bukan raya pertama je, sampai raya ketiga . Sedih lah kan, sebab raya pertama-ketiga tu laa raya MERIAH . Start raya keempat semua dah tutup pintu dah . *takde pape makan dah* T____T
  2. Raya pertama mama g bercuti ke Cherating! wuarggghhhhhhhhhh ! Tak dapat ikot huk huk :( Sedih gila ! 
  3. Ermmm tak dapat tengok cerita, drama, filem kat ASTRO sebab seharian di tempat kerja whuargghhh !!
  4. Lagi sedih ni sebab dah tak dapat duit raya ! Dah tu, kene memberi pulek . gggrrrr Anak anak buah dah laa ramai gila . HAHAHA takpe, setahun sekali !
  5. Ermmm nak balik Penang beraya dgn abah, abah pulak nak g bercuti ke Hatyai! ggrr macam takleh pergi hari lain pulak kan . errmmm T_____________T

Okeylah, malas nak sedih lebih-lebih kat blogger Lyn neh, kang banjir langsung tak beraya . Apa-apa pon di sini Lyn nak mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali diri Lyn secara langsung atau tidak langsung andai Lyn ada TERbuat salah, TERkasar bahasa, TERmengumpat, TERjahat dan semua yang TER laa dan harap maaf Lyn diterima . Lyn juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua ahli keluarga Lyn, boyfie terchenta Lyn Khairul Izman , Kawan-kawan Lyn yang berada jauh mahupon dekat, kepada keluarga angkat Lyn di Meru, dan semualah . 
Semoga raya kali ini semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera . Raya datang lah rumah Lyn, tak perlu tunggu Lyn jemput . Hari raya tak perlu jemput-jemput, hati je perlu ikhlas untuk datang beraya . :) Pintu umah Lyn terbuka selama sebulan dan jangan segan-segan . 
Wassalam .

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki