Truly Follower

FB's Follower

Bajet Tunang ! Jeng Jeng Jeng

Bila nak kahwin, mesti nak bertunang dulu bukan . Tunang itu kan adat . Kalau tak laksanakan pun tak salah sebab tu atas kemampuan dan keinginan masing-masing. Lyn terbaca di blog seorang kakak nih yang maybe tengah membuat perancangan nak bertunang . *entah entah dah bertunang* Heheheheheee memang teratur rasanya planning dia . Ermmm so ini antara bajet dia, sesiapa nak dijadikan rujukan pun boleh :) Dialu-alukan 

Baju & Tudung
Aku jalan-jalan Kompleks PKNS Shah Alam tadi. Tujuan datang Shah Alam sebab nak pergi Pameran Pengantin kat SACC. Tujuan kedua untuk survey baju tunang. Aku bukan tak nak sewa baju , tapi aku ada tanya satu dua tempat , sewanya mak aih . . kalah harga baju ok. Aku ada jumpa baju yang agak cantik dekat tingkat 2 kompleks PKNS. Harga boleh runding. Tapi aku letak harga sebelum runding sebab aku belum beli lagi , baru survey ok.
RM299

Untuk tudung pulak , aku belum jumpa yang sesuai. So aku bajet dalam 100 and below. Cukup ke tah cukup tah.
RM100

Catering
Mama kate nak pakai catering kawan mama. Kitorg memang akan tempah catering dekat makcik tu kalau ada majlis makan-makan. Boleh tahan sedap jugak la tapi aku tak tau la berapa dia charge satu kepala. So aku bajet lebih sikit , kemungkinan besar dia akan charge rm12.00 untuk satu kepala. Aku agak je ok. Boleh jadi lagi murah tapi biar la bajet terlebih , jangan terkurang kan . Anggaran tetamu yang datang , sedara-mara aku jer 40 orang. Sedara-mara pihak lelaki ada la 11 kereta. So aku kira 80 orang..ramai tak? haha. Kawan-kawan aku dan lain-lain , ade la 200 orang. Anggaran ok. So rm12 x 20 =
RM2400

Hantaran (dulang & aksesori)
Aku nak kena beli dulang untuk hantaran sebab mane ade dekat rumah. Aku ingat nak sewa jer tapi pikir-pikir balik lebih baik beli. Sebab aku survey dulang dekat Kompleks PKNS tadi harga dalam rm21. Agak-agak kalau sewa mesti lagi mahal tak? Aku kena beli dalam tujuh dulang. Aku bajet satu dulang rm25 je la eh. Tak mampu aku nak cari yang mahal-mahal.  So setelah dikire , jumlahnya adalah seperti berikut;
RM175

Ok tu untuk dulang. Dulang tu kena jugak berhias dengan bunga-bungaan kan. Masa Liza tunang haritu , dia beli mase chinese new year so agak mahal. Harga untuk sejambak ada la dalam rm30-40 jugak. Mahal wey. So aku plan cni jer , aku nak pakai fresh flower jugak tapi minimize. Selebihnya aku nak buat mini bantal, dengan bantuan tangan sepasang ni , aku akan jahit je la. Beli kain satin jer semeter dalam rm2.80. Aku mix color.
RM300

* Rasa macam lebih baik tempah hantaran jer sebab macam dah terlebih bajet. hmmmm..

Mini Pelamin
Aku ingat nak tempah mini pelamin yang tersangatlah simple dari Zaifie Zainal. Aku ada appoinment dengan kak zaifie hari selasa ni so aku baru nak tanya berapa bajet yang diperluakan untuk pelamin sahaja. Aku tak nak ambil pakej tunang (make up , baju tunang , mini pelamin , flower bouquet) sebab aku nak make up sendiri dan baju aku nak cari lain. Tapi segalanya dalam pertimbangan sebab nak kena tengok price dulu. Oleh yang demikian , aku KIV dulu mini pelamin ni. Ikutkan nak beli bantal off white besar dan dua vase glass letak bunga jer lepas tu aku hias-hias ala kadar jer. Senang kan. Ok, itu akan terjadi kalau price mini pelamin yang dia letak tak mencapai kewangan aku :)
KIV

Make Up
Oleh sebab aku nak make up yang terlalu natural , so aku bercadang untuk make up sendiri jer. Bertunang jer pun kan , takkan nak beria sangat. So aku menggunakan segala kepakaran aku untuk me-make up diri sendiri. Semoga ia berjalan lancar , Amin.
FREE

Door Gifts
Ni pun penting jugak walaupun hanyalah bertunang. Ni salah satu cara aku appreciate tetamu yang sudi bertandang tengok muka dan makan dekat rumah aku. Mudah-mudah dengan kedatangan mereka , rezeki family aku akan bertambah-tambah. So aku dengan akak pun ada survey untuk door gifts ni dekat internet. Aku jumpa gifts boxes jer , barang dalam dia aku tak ada idea lagi nak letak apa. Foods? Chocolate kah? Biskut kah? Kena survey lagi. Door gifts kali ni akak dengan senang hati nak sponsor , Alhamdulillah . . kurang sket beban.
FREE

Photographer
Hasil survey dengan kawan-kawan , aku dapat harga dalam rm500 untuk story book dan cd (if im not mistaken). Memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan photographer luar yang lain. Tapi memikirkan banyak lagi keperluan penting lain , aku memutuskan untuk tidak meng-hire kawan aku. Sorry dude! Mungkin kahwin nanti , InsyaAllah. So aku mintak tolong abang-angkat-sewaktu-kecil untuk snapkan gambar. Aku tak pasti berapa yang dia charge tapi kalau tak silap la kan haritu dia kata rm300 ke rm200 eh? Lupe pulak.
RM300

Setelah di TOTAL adalah bersamaan dengan , RM3,574. Mak aih.. banyak juga la. Kena kerja keras untuk tempoh kurang lagi sebulan ni nampaknya. Ok frankly , aku memang independent dalam hal ni sebab aku tak nak menyusahkan orang. Orang yang akan aku susahkan untuk waktu terdekat ni adalah kakak aku dan fiance-to-be la of course.

Bagi kawan-kawan yang rasa nak sposor , amatlah digalakkan. hehe. Kalau ada comment dan cadangan pun , you are welcome :)

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

1 comment:

  1. Salam...
    SAYA ADA MENYEDIAKAN ...

    PERKHIDMATAN MAKEUP BAJET
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR
    BOLEH CALL 018-3636986.

    ReplyDelete

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki