Truly Follower

FB's Follower

Ingat wahai Lelaki

Jangan ingat aku lupa atau telah memaafkan diri kau atas apa yang telah kau buat pada aku . Aku bukan perempuan yang mudah memaafkan . Ingat, aku seorang perempuan yang punya hati dan perasaan sama seperti insan lain . Apa yang dah kau lakukan pada aku akan ku ingat sampai bila-bila biarpun berabad lamanya. Ya, aku perempuan yang lemah dan tidak kuat untuk menghadapi apa-apa risiko . Aku juga lemah untuk menerima kebenaran yang mungkin akan kau ungkapkan pada aku . Ya, aku bisa menjadi selemah-lemah manusia di dunia ini. Mungkin juga lemah untuk meneruskan hidup . TETAPI, aku bisa menjadi sebaliknya andai kata kau cuba dan mencabar aku . Terima kasih kalau kau telah sedar akan kesilapan kau dan sudi memohon maaf kepada aku . Ya, aku bisa memaafkan tetapi ingatlah wahai lelaki, tak mudah untuk aku lupakan segala apa yang kau lakukan dan apa yang dah kau katakan . Aku juga harap kau betul-betul menyesalinya dan kau akan menepati janji yang telah kau ungkap kan .






Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki