Truly Follower

FB's Follower

Raya Tak Jadi

Sinopsis : Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (Apek saiful).

Shuib ada seorang adik namanya Bob (Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.
Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan.


Okey, tak sah kalau ada cerita lakonan Saiful Apek tapi tak ditonton . Rasa macam haihh diri ni tak sempurna . WAH GITUUUU . Saiful Apek otai lawak yang paling Lyn minati . So, kalau apa-apa cerita yang dia berlakon sure Lyn layan . Tak kisah lah layan kat mana pun . Wayang ke, DVD ke, VCD ke , mana mana janji ceritanya ditonton . *YES kali nih memang saya promote dia* Hehehehe . Baru-baru ni pergi tengok RAYA TAK JADI . "Hahaha dah nak dekat sebulan cerita tu ditayangkan sekarang baru pergi tengok ?" Well, I'm busy woman . HAHAHA Papepon ceritanya memang seronok . Lagi-lagi digandingkan dengan Johan Rajalawak mana tak gelak sampai hilang suara. HAHAHAHAHA Actually jalan cerita dia macam bodoh-bodoh je, tapi dah kata filem komedi so faham-faham lah dan lawaknya bukannya tidak masuk akal, semua masuk akal :) Heee ramai kot dah tengok so pada sesiapa yang belum tonton pergi lah cepat-cepat selagi stok masih ada hohohohoh

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki