Truly Follower

FB's Follower

Sg Kanching With His FAmily . Chill time !

Sejak akhir-akhir nih apesal lambat sangat nak hapdet entry baru? Benda dah berapa lama lepas berlalu, sekarang baru nak post? Ish ish . *okey saya busy* 

Walaupun agak busy, blog masih lagi menjadi sebahagian daripada hidup aku . Tak percaya? Saya Tak Kisah . -,- Okey okey jangan nak bising-bising pasal blog Lyn Marzuki di sini.. I'm here now . Are you happy ? ecehhhhhhh *macam lah ade orang tertunggu-tunggu, sentiasa bukak blog kau sebab nak mencari post baru seperti mana yang kau buat selalu kat blog Hanis Zalikha.* Opss terlebih sudaa 

Dah, balik semula pada TAJUK BESAR kita harini tentang Sg Kanching . Sg kanching terletak di Rawang di mana lebih kurang 10kilometer dari rumah Lyn . * hantam je, bukan orang nak kira pon berapa kilometer.* Sg Kanching sangat best . Sg Kanching bla bla bla :p 



Baru-baru ni masa Lyn OFFDAY, dengan rasa boringnya Lyn planning dengan kakak bf dan adik-adik dia nak pergi mandi air terjun . Pada mulanya nak ke Sg Gabai tak silap, last last tukar ke Sg Kanching dengan alasan yang sangat menarik di hati Lyn "di Sg Kanching ade banyak orang jual-jual makan, di Sg Gabai takde . Semua DIY ." HAHAHAHA Pukul 9 pagi gerak dari rumah pergi Meru ambik parents boyfie dan adeknya, Tina . Ermmm memang agak sempit lah kereta , alahai kereta kecik kan . Sorry lah kalau tak selesa . apa bole buat -,-

Sampai di Sg Kanching pukul 11:30 pagi . Lepas tu menunggu kakak boyfie dari Ampang . Sambil tunggu tu chill dulu dengan monyet-monyet yang ade di sana . Kelakar gila semua monyet berebut nak kacang . CHOP, actually bukan monyet, berukk kot . eheeee 




Pukul 1 petang, kitorang pun mandi, memang sejuk tapi seronok habis ! Tengah syiookk syiook mandi boleh pulak hujan turun lebat . "Kawasan bukit kan, kejap hujan kejap tak . Lagipun sekarang musin hujanlah!" Haaa apa lagi, kelam kabut laaa cari tempat berteduh . Nasib baik parents boyfie okey takde yang tercedera masa nak naik ke tempat berteduh . Yela, kawasan batu kan, licin pulokk tu . SERAMMMMM makk ! Sempat sambil tunggu hujan berhenti, makan kopok dulu . HAHAHAHAHA . 


"I enjoy when together with this family. Although, for now I do not have any ties of kinship with them but they treated me like family. I hope I can be part of this family in the near future. They were simple families, but filled with love between family members. That's what I really respect them. They consist of many family members, but still can live in harmony. I am very grateful to be found with this family . Wak Shamsuddin's Family"

Baru sampai , alahai bapaknyaa seronok sangat leettteewww

Bersama gadis-gadisku

Eheee alahai abah ni malu malu pulak tutup sana sini . 

Kitorang je pun yang meriah sangat mandi HAHAHA

Ahaaa ini tabiat utama . Percayalahhh

Ini adik bongsu boyfie , yang baby tu anak buah boyfie
Seronok habis petang tu di Sg Kanching HEHEHE , penat sangat tapi okey lah , enjoy gila . Tempat memang dah okey, tandasnya pun bersih . Kawasan pun takdelah macam hutan belantara sangat kan, semua dah diubah suai sikit so nampak cantik :) Boleh pulak hari yang Lyn pergi tu, ramai pulak cewek-cewek Indonesia . Siap ade yang nak bergedik-gedikkan suruh boyfie kiterr ambikkan gambar mereka . Macam nak tolak je diorang masuk gaung . gggrrr . Suka letteeww boyfie kiter tuu . HAH ! Ermm okeylah kalau korang nak tahu lah kan kan kan, ini kali ketiga Lyn ke sana . Syiookkkk ouh~! *okey sekarang anda boleh letak tangan dia bahu mata pandang ke atas secara sopan* Itu sahaja...... Nak pergi lagi nanti . Heee

Thanks for your reading,please leave your feedback or comments

No comments:

Post a Comment

Segala yang tercatat tercotot di atas ini adalah HAKMILIK Lyn Marzuki